info terkini! lokasi dan aktiviti di semai mesra!

Assalamualaikum wrt semua!

Diharapkan pembaca semua dalam keadaan sihat sejahtera! Oh ya! Cuba tengok kalendar anda! Rupa-rupanya kurang daripada 2 minggu sahaja lagi, program pra-pelepasan Semai Mesra akan menemui anda!

Team Semai Mesra, para seniors yang pulang dari Australia dan New Zealand memang dah tak sabar nak menemui anda semua! Nanti di program, tegur-tegur lah yea🙂

Okay! Mari kembali kepada agenda utama entry pada kali ini kawan-kawan..

Kami nak bercerita serba sedikit mengenai lokasi kem dan aktiviti kita. Haa..boleh lah kalau nak buat preview sikit dan tunjuk kepada family kawan-kawan,

“Mak! Ayah! Tengok ni! Ini lah lokasi kem Semai Mesra yang saya nak pergi tu! Serba lengkap dengan fasiliti dan kemudahan. Pemandangan pun sejuk mata memandang di tengah hutan nan menghijau. Memang awesome kan! “

poster tempat (1)

Kalau nak tahu,  Kem Nur Laman Bestari ini adalah Eco Resort dan sememangnya lokasi popular bagi para pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam dan, pada masa yang sama turut menjadi tumpuan sebagai tempat rekreasi dan berkelah bersama keluarga mahu pun teman-teman. Antara fasiliti yang disediakan ialah tempat tinggal yang selesa, dewan seminar, gazebo, surau, kafe, stadium, padang , kemudahan permainan outdoor dan pelbagai lagi!

Memang best kan kawan-kawan? Dah macam kem musim panas atau pakej percutian pula program Semai Mesra kita ini!🙂

Oh kemudian, kawan-kawan mesti tertanya-tanya apakah aktiviti-aktiviti yang team Semai Mesra sediakan, bukan?

Untuk pengetahuan kawan-kawan, antara aktiviti nya ialah, Slot-slot pengisian dan talkshow serta forum oleh speakers yang hebat! Mereka ini bukan calang-calang orangnya, mereka mempunyai pengalaman dan pngetahuan yang tingi dalam bidang masing-masing! Antaranya ialah Slot Fair Dinkum, Slot Money Matters, Slot Semai Mesra, Slot Fiqh of Travellers, academic talkshow dan pelbagai lah lagi!

Slot-slot ini sememangnya dirancang khas untuk memenuhi objektif untuk membekalkan kawan-kawan dengan informasi dan maklumat yang diperlukan sebagai persediaan ke luar negara dan semasa sampai di luar negara!

Kemudian, kita juga ada aktiviti teambuilding, games dan outdoor! Ni lah masanya kawan-kawan ambil peluang untuk membina silaturrahim dan network dengan rakan-rakan yang bakal terbang mengejar impian bersama anda dan juga, bersama para  facilitators semua!

Okay apa tunggu lagi! Bagi yang belum mendaftar, jangan lepaskan peluang keemasan yang hanya datang setahun sekali sahaja ini! Bagi yang mendaftar, jom ajak rakan-rakan anda sekali, pasti lebih meriah bukan? Sebarang pertanyaan sila lontarkan ke semaimesra@gmail.com, atau hubungi Bro Zulfadli (0176917568) atau Sis Asyikin (0133124163).

Terima kasih kerana sudi membaca!🙂

InsyaAllah jumpa anda semua di sana!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s