Kenali SPEAKERS anda di Semai Mesra!

Assalamualaikum wbt😀

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangannya yang akan mengisi masa-masa anda di Semai Mesra nanti dengan slot-slot yang tentunya menarik dan berinformasi! Jom kita kenal-kenal sebahagian daripada mereka..

psm 2014

 

Dr. Zainur Rasyid Zainuddin

– Beliau merupakan seorang dekan di International Medical University (IMU) dan bekerja sebagai konsultan pakar sakit puan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Cemerlang sejak di bangku sekolah sehingga kini mendapat nama di kalangan masyarakat setempat khususnya, anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan tips-tips menarik untuk dijadikan bekalan sepanjang pengajian anda nanti!

 

Ust. Hazizi Abd Rahman

– Beliau merupakan seorang Perunding pembangunan sumber manusia, Master Trainer “Kepimpinan 3P” dan pendakwah bebas yang bergiat aktif dalam meyampaikan ceramah di dalam dan luar negara. Tertanya-tanya apa yang bakal beliau kongsikan di Semai Mesra? Jangan ketinggalan untuk mendengarkan pengisian beliau!

 

Ust. Izzuddin Selamat

– Beliau mendapat pendidikan di Universiti al-Azhar Mesir dalam jurusan B.A Usuluddin, dan kini menetap di Melbourne Australia. Beliau giat menyampaikan kuliah agama di serata Australia dan sering mengadakan slot-slot menarik untuk menjawab segala persoalan dalam perihal agama oleh para pelajar dan muslimin yang menetap di Australia. Anda ada sebarang kemusykilan? Jom tanya Ustaz di Semai Mesra!

 

Saudara Izzat Roslan & Iqbal Sharani

– Mereka adalah pelajar-pelajar yang sedang menuntut di universiti-universiti di Australia dalam bidang masing-masing. Mereka aktif  berkongsi pengalaman mereka sepanjang berada di Australia juga menyampaikan pesanan dan nasihat Islami dalam bentuk video yang hangat dikongsikan di laman media. Mahukan teaser sebelum ke Semai Mesra? Anda boleh layari link berikut untuk melihat sendiri gelagat mereka. Ingin tahu apa pula yang mahu mereka kongsikan di Semai Mesra? Jumpa mereka di sana!!

1. https://www.youtube.com/user/mukminosem/about

2. http://www.mukminosem.com/

SEMAI MESRA!

awesome face

Daftar segera!

–> https://docs.google.com/forms/d/1alQZ8OKn9WEYwS4Kl70voUx6ZYYZsHHoz7lY5u3UnE8/viewform

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s