SLOT-SLOT MENARIK DI SEMAI MESRA 14 NANTI BHG.1

Assalamualaikum wrt pembaca semua!

Kali ini, sudahlah tiba masanya untuk admin menceritakan serba sedikit slot-slot dan juga aktiviti-aktiviti menarik sepanjang Program Pra-Pelepasan Semai Mesra 2014 nanti!

Antaranya ialah talk istimewa bertajuk ‘Fair Dinkum’. Sesi ‘talk’ ini akan disampaikan oleh Dr. Zainurrashid yang  merupakan Dekan di International Medical University. Beliau yang terkenal dengan moto hidup ‘Peduli Ummah’ juga merupakan seorang aktivis yang sangat aktif bersama AMAN PALESTIN memperjuangkan perihal umat sejagat.

InsyaAllah beliau akan mengupas serba sedikit mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar Muslim di luar negara dan berkongsi tips bagaimana mahu mempraktikkan kehidupan dan ‘survive’  berlandaskan agama  di negara bukan Islam!! Anda juga berpeluang bertanyakan apa-apa soalan kepada beliau! Wah, menarik bukan??

Anda semua pasti teruja ingin berjumpa ‘public figure’ yang hebat ini, kan? Sejujurnya seluruh warga penggerak Semai Mesra pun berkongsi perasaan yang sama! Segala syukur kepada hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, impian pihak Semai Mesra edisi ke-14 untuk menjemput Dr Zain untuk meluangkan masa berharga beliau dengan kita semua bakal menjadi kenyataan, insyaAllah!

Maka, apa tunggu lagi? Jika anda belum mendaftar, pastikan anda mendaftar segera!

Oh ya!  Dan bagi yang sudah pun mendaftar, diharap dapat bersabar sedikit lah ya, insyaAllah tidak lama lagi saja untuk kita semua bersemai mesra di program Semai Mesra edisi ke-14 nanti.

Kami nantikan kedatangan anda di sana!

Untuk mengikuti Dr. Zainurrashid di Facebook beliau, sila layari https://www.facebook.com/pages/Dr-Zainur-Rashid-Zainuddin/155707591143880

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s