Pengalaman pertama

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Sudah 3 tahun merantau di bumi kangaroo. Tak terasa lamanya 3 tahun tu dek pengalaman yang sentiasa mengajar.  Masih teringat pengalaman pertama menjejakkan kaki di bumi kangaroo ni. Excited, cuak, perasaan bercampur-baur tak dapat nak diluahkan kecuali kalau tuan empunya diri yang merasai. Sampai saja di Melbourne untuk transit, terpinga-pinga tak tahu nak kemana sambil menunggu next flight ke Tasmania yang dijadualkan lagi beberapa jam.

tiger-australia-2-where-we-fly-map

 

pertama kali menjejakkan kaki di bumi yang terkenal dengan jolokan ‘The Down Under’.

 

Alhamdulillah tatkala itu ditemani sahabat-sahabat yang bakal sama-sama menyambung pelajaran dalam bidang yang sama. Hilang sedikit rasa bimbang. Dalam keadaan letih dan lapar, tiba-tiba didatangi dua orang senior di airport, membawa bekal nasi goreng dan air kotak. Sahabatku yang lain seolah-olah  telah menjangkakan kehadiran mereka. Rupanya ada di antara sahabat-sahabatku yang pernah menghadiri Program Semai Mesra (PSM), sebuah program pre-departure untuk pelajar-pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke Australia dan New Zealand yang diadakan lebih kurang sebulan sebelum kami terbang ke Australia. Tidak hairan mereka tidak kelihatan segusar aku. Tenang. Ada secret weapon rupanya. Alhamdulillah, perut kami kenyang dengan nasi goreng pertama di Australia. Kami dilayan baik oleh senior dan mereka dengan sabar menunggu bersama-sama kami untuk flight seterusnya ke Tasmania.

 

nasi-goreng

 

wah! jumpa juga nasi di bumi kangaru ni! nasi goreng untuk mengalas perut, terima kasih seniors yang masak dan bawakan ke airport! (gambar hiasan)

Setelah sebulan di Australia, baru aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Ternyata, rakan-rakan yang lain lebih advanced dalam proses penyesuaian diri dengan what-to-do list. Kagum dengan informasi yang ada pada mereka, sedangkan kami sama-sama kali pertama menjejakkan kaki di sini.  Itulah kelebihan bagi mereka yang membuat persiapan sebelum fly. Di sini juga aku mengenali ramai kenalan-kenalan senior yang tak jenuh menghulurkan bantuan, sentiasa menghubungiku untuk memastikan aku dapat menjalani kehidupan di Australia dengan lancar. Kagum dengan kesungguhan dan semangat mereka dalam menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar baru, aku mengambil keputusan pada tahun berikutnya untuk turut serta dalam program pre departure Semai Mesra 2013.

Ternyata, banyak input-input dan sesi menarik yang dikongsi dalam program pre departure Semai Mesra (PSM). Walaupun aku bertindak sebagai salah seorang fasilitator, aku sendiri banyak belajar dari input-input yang diberikan sepanjang program. Ramai senior-senior yang sudah lama belajar di Australia hadir untuk berkongsi pengalaman dan proses pembelajaran di luar negara. Di antaranya perkongsian cara hidup yang berbeza di setiap negeri di Australia, yang turut diselangi dengan kisah-kisah lucu dan menarik sepanjang kehidupan mereka di Australia. Ada juga sesi di mana peserta di beri tunjuk ajar tentang cara pengurusan wang yang baik yang sememangnya sangat perlu dititikberatkan oleh pelajar-pelajar tajaan. Kami juga dihadirkan dengan seorang ustaz untuk berbicara mengenai fiqh seorang pengembara. Dalam sesi bersama ustaz, para peserta diberi tunjuk ajar mengenai ilmu agama yang jarang diketahui oleh masyarakat umum , seperti khuf dan jamak tamam, di mana kedua-duanya sangat berguna buat para peserta di kemudian hari terutamanya kepada pelajar yang belajar di luar negara.

DSC_0205

antara snap shot semasa program bersama peserta sisters

IMG_4394

              …dan peserta brothers 

Salah satu sesi kegemaran ku adalah sesi Sharing is Caring. Sesi di mana para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka di beri peluang untuk bertanya sebanyak mungkin persoalan yang timbul sebelum mereka tiba di Australia. Aku turut berkongsi sebanyak mungkin pengalaman yang ada untuk dijadikan bekalan buat adik-adik pelajar baru. Sebanyak mana bantuan dan tunjuk ajar yang aku dapat di Australia daripada senior, lebih banyak daripada itu aku harap dapat aku hulurkan untuk membantu adik-adik untuk memudahkan perjalanan mereka. Moga di setiap susah, Allah permudah. Moga di setiap indah, Allah sisip barakah.

Tertanya-tanya, siapa yang bakal kuketemu tahun ini, untuk dicurahkan segala perkongsian dan pengalaman.. JOM JUMPA DI SEMAI MESRA 2014?

Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s