Lagu Rasmi ‘Semai Mesra’ sempena ulangtahun PSM ke 12

“Rentak dalam percakapan seumpama melagukan suara,
maksud daripadanya ialah untuk mewujudkan kegembiraan hati dan jiwa yang menyebabkan kegembiraan fikiran.”
(Wahyul qalam – ar Raafi’i: 3/285)

Alhamdulillah, tahun ini menyaksikan satu lagi penambahbaikan dalam usaha kami untuk memberikan yang terbaik kepada ANDA yang bakal fly ke luar negara.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada saudara Munir Muji dan rakan-rakan yang telah bertungkus-lumus melahirkan sebuah lagu khas untuk Semai Mesra!

Semoga bait irama ini memberi seribu satu inspirasi kepada anda untuk memulakan langkah ke alam baru yang lebih mencabar; alam universiti.

Ayuh mulakan langkah anda di Program Semai Mesra ke-12! Jumpa di sana!

(gambar-gambar di dalam video klip ini memaparkan aktiviti-aktiviti tahunan kami di Australia & New Zealand. Antaranya Winter Gathering, Winter Trip, Snow Trip, Roadshow Palestin, BBQ, majlis graduasi, dan lain-lain)

“Semai Mesra”

Langkah bermula
Kita meneroka bersama
Destinasi baru dituju
Menjulang cita-cita
 
Ikatan hati
Ukhuwwah kita semai mesra
Teman seperjuangan sejati
Penjelajahan yang dinanti
 
Bicara pertama
Mengukir senyuman mesra
Tangan berjabat erat
Mengukuhkan persaudaraan kita
 
Kasih sayang dipupuk
Di sini menjadi bukti
Selamanya di Semai Mesra
Nostalgia berputik segalanya
 
Lagu: Munir Muji
Band: Park, Bad, Pishang, Akip, Joe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s