Bagaimana apabila sampai nanti?

Tiap-tiap tahun, peserta-peserta akan hadir dengan 2 cara – samada dengan kenderaan sendiri atau dengan pengangkutan awam. Berikut cara-cara hendak ke Semai Mesra:

1.       Kenderaan persendirian

  • Jika dari K.Lumpur, ambil Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) menghala ke Klang.
  • Selepas Plaza Tol Batu Tiga, ambil susur keluar yang ketiga menuju Bulatan Melawati/Persiaran Tengku Ampuan.
  • Di bulatan itu, ambil exit ke kanan menuju Persiaran Kayangan.
  • Terus sahaja pada Persiaran Kayangan.
  • Anda akan berjumpa dengan satu lagi bulatan – ambil exit terus kedepan
  • Terus lagi pada Persiaran Kayangan menuju Seksyen 8.
  • Selepas beberapa lampu isyarat, anda akan dapat melihat papan tanda menuju Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. Belok kanan memasuki Jalan Liku 8/1.
  • Terus pada Jalan Liku 8/1 sehingga anda sampai pada perkarangan kawasan letak kereta.
  • Jika anda membawa kereta sendiri, anda akan diminta untuk membayar RM1 untuk parking.
  • Jika ibubapa anda yang menghantar, katakan anda datang hanya untuk diturunkan – untuk mengelak dari perlu membayar RM1.
  • Jika sesat, boleh ikut papan tanda menuju Seksyen 8. Di Seksyen 8, anda akan mendapati papan tanda ke lokasi Semai Mesra. Atau boleh sahaja menghubungi wakil-wakil kami.
  • Diharapkan anda dapat merancang masa perjalanan anda supaya tiba disitu antara jam 2.45pm-3.30pm. Disertakan sekali map ke lokasi Semai Mesra.

2.       Pengangkutan awam

  • Naik komuter (KTMB) pada mana-mana stesen dan turun di Stesen Padang Jawa.
  • Setibanya di stesen Padang Jawa, anda akan dapati wakil-wakil kami disana menantikan kehadiran anda untuk dibawa ke lokasi program.
  • Jika tiada sesiapa disana, boleh hubungi wakil-wakil kami:

o   Brothers – Hafiy Hazmi (013-3710334)

o   Sisters – izzah (013 2725311)

  • Diharapkan anda dapat merancang masa perjalanan anda supaya tiba di stesen Padang Jawa antara jam 3.00-4.00pm.

2 thoughts on “Bagaimana apabila sampai nanti?”

  1. tahniah atas pengendalian prog yg nampak begitu menarik sekali! teruja utk menyertainya jika saya di tempat adik2…(kami adalah peserta ‘prePSM’ thn 2000..:)

  2. betul2. sy dtg PSM tahun 2009. menarik! pengalaman lain dari yg lain.

    btw, bg sesiapa yg dtg dari UTARA menaiki bas & stop di stesen bas shah alam, sila beritahu k.izzah/hafiy (no. tel. spt di atas) utk pengangkutan ke kem OK. beritahu bilangan org supaya wakil kami boleh bajet baper kereta hndk dibw ke stesen bas shah alam. c u there!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s