Objektif Program Semai Mesra

Antara objektif  penganjuran PSM adalah seperti berikut:

1. Perkongsian pengalaman tentang proses pembelajaran di luar negara (khususnya Australia dan New Zealand) oleh para pelajar lama (termasuk para pelajar yang masih belajar dan graduan-graduan yang telah menamatkan pengajian) bersama para peserta PSM.
2. Merungkai kemusykilan tentang proses pengajian dan suasana kehidupan di luar negara melalui sesi perkenalan dan soaljawab yang lebih interaktif dan berkesan.

  • Membantu dalam pemilihan subjek dan kursus-kursus terbaik berkaitan pengajian ijazah yang akan para pelajar baru tempuhi.
  • Memudahkan para pelajar yang seringkali risau dengan perubahan suasana pembelajaran termasuklah suasana masyarakat, cuaca (4 musim), makanan dan lain-lain lagi, kerana dalam PSM ini, para pelajar akan didedahkan dengan kehidupan seharian para pelajar sedia ada di Australia/New Zealand.

3. Menghubungkan para peserta PSM dengan para pelajar yang sedang belajar di Australia/New Zealand bagi kemudahan para pelajar baru di kedua-dua buah negara.

  • Mengatur kediaman/tempat tinggal/accommodation yang paling sesuai (ie. paling menjimatkan, berdekatan universiti, selesa, mempunyai akses pengangkutan awam, internet dan telefon, bekalan makanan halal dan sebagainya) kepada para pelajar baru.
  • Berkenal-kenalan sesama pelajar.
  • Menghubungkan para pelajar baru kepada persatuan-persatuan pelajar sedia ada di Australia/New Zealand
  • Mendaftarkan para pelajar dalam Jabatan Pelnuntut Malaysia di Luar Negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s