Laporan Program Semai Mesra 2008

Alhamdulillah, atas keizinan daripada Allah SWT, Program Semai Mesra (PSM) telah dilangsungkan dengan jayanya pada 18-20 Januari yang lalu. Program tahunan anjuran AUSIS ini bertujuan untuk membina hubungan di antara adik-adik yang akan melanjutkan pelajaran ke Australia/New Zealand dengan senior-senior AUSIS dari kalangan pelajar yang  balik bercuti dan graduan yang sudah bekerja.

PSM edisi ke-9 yang diadakan di Bukit Cerakah, Shah Alam kali ini berhasil mengumpulkan lebih 150 warga AUSIS dari pelbagai generasi. Antara aktiviti-aktiviti menarik sepanjang program termasuk sesi perkongisan pengalaman, teambuilding, treasure hunt, pengisian rohani, Fiqh of Travellers, forum perdana dan tayangan video. Program kali ini ternyata benar-benar memberi manfaat kepada para peserta dalam mempersiapkan mereka dari segi spiritual, mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran-cabaran sepanjang pengajian di Australia/New Zealand nanti.

Berikut adalah sebahagian komen-komen daripada para peserta:

“Saya dapati program ini memang menyeronokkan. Maklumlah kami masih dalam kebingungan tentang persiapan untuk ke Australia/New Zealand.”

“Senior-senior AUSIS semuanya baik-baik, very helpful & full of information (walking encyclopedia of Australia).”

“This program is good & important for the new students so that they will be well informed about the do’s & don’ts before departure, upon arrival and also while studying in Australia/New Zealand.”

Harapan AUSIS agar adik-adik yang akan melanjutkan pengajian ke Australia/New Zealand akan berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran masing-masing dan pada masa yang sama masih mempertahankan nilai-nilai sebagai muslim sejati. Semoga semuanya menjadi insan yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Oleh: Wartawan Rasmi Semai Mesra 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s