Bagaimana apabila sampai nanti?

Tiap-tiap tahun, peserta-peserta akan hadir dengan 2 cara – samada dengan kenderaan sendiri atau dengan pengangkutan awam. Berikut cara-cara hendak ke Semai Mesra:

1.       Kenderaan persendirian

  • Jika dari K.Lumpur, ambil Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) menghala ke Klang.
  • Selepas Plaza Tol Batu Tiga, ambil susur keluar yang ketiga menuju Bulatan Melawati/Persiaran Tengku Ampuan.
  • Di bulatan itu, ambil exit ke kanan menuju Persiaran Kayangan.
  • Terus sahaja pada Persiaran Kayangan.
  • Anda akan berjumpa dengan satu lagi bulatan – ambil exit terus kedepan
  • Terus lagi pada Persiaran Kayangan menuju Seksyen 8.
  • Selepas beberapa lampu isyarat, anda akan dapat melihat papan tanda menuju Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. Belok kanan memasuki Jalan Liku 8/1.
  • Terus pada Jalan Liku 8/1 sehingga anda sampai pada perkarangan kawasan letak kereta.
  • Jika anda membawa kereta sendiri, anda akan diminta untuk membayar RM1 untuk parking.
  • Jika ibubapa anda yang menghantar, katakan anda datang hanya untuk diturunkan – untuk mengelak dari perlu membayar RM1.
  • Jika sesat, boleh ikut papan tanda menuju Seksyen 8. Di Seksyen 8, anda akan mendapati papan tanda ke lokasi Semai Mesra. Atau boleh sahaja menghubungi wakil-wakil kami.
  • Diharapkan anda dapat merancang masa perjalanan anda supaya tiba disitu antara jam 2.45pm-3.30pm. Disertakan sekali map ke lokasi Semai Mesra.

2.       Pengangkutan awam

  • Naik komuter (KTMB) pada mana-mana stesen dan turun di Stesen Padang Jawa.
  • Setibanya di stesen Padang Jawa, anda akan dapati wakil-wakil kami disana menantikan kehadiran anda untuk dibawa ke lokasi program.
  • Jika tiada sesiapa disana, boleh hubungi wakil-wakil kami:

o   Brothers – Hafiy Hazmi (013-3710334)

o   Sisters – izzah (013 2725311)

  • Diharapkan anda dapat merancang masa perjalanan anda supaya tiba di stesen Padang Jawa antara jam 3.00-4.00pm.

Apa yang Perlu Anda bawa ke PSM?

Di lokasi, anda akan ditempatkan di salah sebuah rumah, yang dapat menampung seramai 10-20 orang bagi sebuah rumah. Jika anda pernah ke sana, kita akan mendiami Kg Idaman. Berikut senarai barang-barang keperluan yang perlu anda bawa:

  • Pakaian Casual (2 atau 3 pasang) – untuk sesi suai kenal, forum, slot-slot dan bengkel
  • Pakaian Sukan (termasuk kasut) – untuk sesi riadah dan team building
  • Toiletries & Tuala
  • Pen dan buku catatan
  • Sleeping bag/selimut (jika ada) – optional
  • Bantal – optional
  • Ubat-ubatan – jika anda ada masalah kesihatan yang perlu dijaga

Diharapkan para peserta memerhatikan batas-batas aurat dan membawa pakaian yang sopan dan sesuai. Juga diharapkan supaya para peserta meminimakan dalam membawa barang-barang yang berharga seperti barang kemas atau barang-barang elektronik.

Sekian dulu dari kami. Diharapkan informasi ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan untuk tiba di Program Semai Mesra dengan selamat, insyaAllah. Jika ada apa-apa kemusykilan atau sebarang pertanyaan lagi yang tidak dijawab oleh email ini, boleh email kepada kami atau menghubungi wakil-wakil kami Norzafry 019-6611783 atau Aishah 019-6611782

Semoga bertemu kita di Program Semai Mesra!

Wassalam.

Tentatif Program Semai Mesra 2010!!

apa yang akan berlangsung dan mengambil tempat sepanjang program nanti? anda boleh semak tentatif di bawah untuk mendapat maklumat lengkap program yang akan berlangsung sepanjang kem ini nanti.

8 Jan 2010 (Jumaat)

3.00 petang : Ketibaan peserta dan Pendaftaran
4.00 : Minum Petang‐ Solat Asar‐ Riadah
6.30 : Khidmat Diri, Makan malam, Solat Maghrib & Suai Kenal
8.30 malam : Solat Isyak
9.00 : OPENING CEREMONY – ADA APA DENGAN OZNZ?
11.00 : Minum malam
Kembara Mimpi

9 Jan 2010 (Sabtu)

5.30 : Solat Subuh & Motivasi Pagi
6.40 : Khidmat Diri dan Sarapan
8.30 : SLOT 1 – Fair Dinkum Muslim!
1030 : Minum Pagi
1100 : Team Building 1 – Icebreaking
1.00 t/hari : Makan tengah hari dan Solat Zohor
2.15 petang : Team Building 2 – Let’s Get Together
5.00 : Solat Asar
5.30 : Petang Jalinan
7.00 : Khidmat Diri, Makan malam, Solat Maghrib & Tazkirah
8.30 malam : Solat Isyak
9.00 : SLOT 2 ‐ Forum Perdana: Hujan Emas di Negeri Orang
11.00 : Minum malam
Kembara Mimpi
10 Jan 2010 (Ahad)

5.30 pagi : Solat Subuh & Motivasi Pagi
6.40 : Khidmat Diri dan Sarapan
8.30 : SLOT 3 – Fiqh of Travellers
11.00 : Bengkel FOT‐ Know Your Seniors
12.00 : Majlis Penutup
1.00 t/hari : Solat Zuhur dan Makan Tengahari
3.00 petang : Salam Perpisahan dan Bersurai.