“Rentak dalam percakapan seumpama melagukan suara, maksud daripadanya ialah untuk mewujudkan kegembiraan hati dan jiwa yang menyebabkan kegembiraan fikiran.” (Wahyul qalam – ar Raafi’i: 3/285)
Alhamdulillah, tahun ini menyaksikan satu lagi penambahbaikan dalam usaha kami untuk memberikan yang terbaik kepada ANDA yang bakal fly ke luar negara.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada saudara Munir Muji dan rakan-rakan yang telah bertungkus-lumus melahirkan sebuah lagu khas untuk Semai Mesra!
Semoga bait irama ini memberi seribu satu inspirasi kepada anda untuk memulakan langkah ke alam baru yang lebih mencabar; alam universiti.
Ayuh mulakan langkah anda di Program Semai Mesra ke-12! Jumpa di sana!
(gambar-gambar di dalam video klip ini memaparkan aktiviti-aktiviti tahunan kami di Australia & New Zealand. Antaranya Winter Gathering, Winter Trip, Snow Trip, Roadshow Palestin, BBQ, majlis graduasi, dan lain-lain)
“Semai Mesra”
Langkah bermula Kita meneroka bersama Destinasi baru dituju Menjulang cita-cita Ikatan hati Ukhuwwah kita semai mesra Teman seperjuangan sejati Penjelajahan yang dinanti Bicara pertama Mengukir senyuman mesra Tangan berjabat erat Mengukuhkan persaudaraan kita Kasih sayang dipupuk Di sini menjadi bukti Selamanya di Semai Mesra Nostalgia berputik segalanya Lagu: Munir Muji Band: Park, Bad, Pishang, Akip, Joe
Advertisement