Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Pengasih.
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya Program Semai Mesra (PSM) Kali Ke-12 anjuran Sekretariat Antarabangsa (SEKTAR) ISMA sekali lagi akan berlangsung di Kampung Idaman, Taman Botani Negara, Shah Alam pada 27 sehingga 29 Disember 2011.
Terlebih dahulu, saya yang telah diberikan mandat sebagai Pengarah program, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak pelajar-pelajar yang akan ke Australia dan New Zealand pada tahun hadapan, di kolej-kolej persediaan seluruh negara untuk turut sama menyertai program anjuran kami ini.
Memori pertama kali menyertai program ini sebagai peserta pada tahun 2007 masih segar dalam ingatan. Mengenal rakan-rakan dari kolej persediaan lain yang akan turut sama fly ke New Zealand dan Australia, mengenal seniors yang sehingga kini masih lagi berkawan rapat walaupun di alam pekerjaan, berkongsi pengalaman dengan seniors dalam bidang engineering, bagaimana melaksanakan ibadah sebagai seorang musafir, perkongsian gambar dan video menarik suasana di New Zealand dan Australia, dan banyak lagi memori suka duka PSM 2007 yang mahu saja saya ceritakan di sini.
Pendek kata, kalau tak turut serta, anda akan terlepas banyak pengalaman yg menarik di Semai Mesra, kerana bagi kami, di sini lah segalanya bermula.
Program yang turut dianjurkan dengan kerjasama ISMA Australia dan ISMA New Zealand ini dijanjikan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik hasil idea dan usaha para seniors yang kreatif dan berkualiti seperti juga anda, bakal peserta Program Semai Mesra kali ini.
Akhir kata, saya yakin inisiatif SEKTAR, ISMA Australia dan ISMA New Zealand dalam perlaksanaan program pre departure ini mampu membantu dan mempersiapkan diri pesertanya yang juga pelajar yang akan ke Australia dan New Zealand tahun hadapan.
Hei konei ra (jumpa anda) di Semai Mesra!
Ahmad Zikri Bin Zainudin
Pengarah Program Semai Mesra Kali ke-12 Peserta Program Semai Mesra, 2007 Auckland University of Technology (AUT), New Zealand. Bachelor of Engineering (Mechanical and Production), 2007-2010 Reliability Engineer ReliaCraft Engineering, Kuala Lumpur