Gain new experience, get to know your seniors, courses & life in Down Under, learn some useful knowledge, build your network ,have fun and get all these amazing things for only RM 15!
Only at Program Semai Mesra ke-12.
Alhamdulillah! Akhirnya, Team Penerbitan PSM-12 berjaya menyiapkan buku Muslim Guide (edisi kedua) khas untuk anda, pelajar-pelajar baru yang akan berlepas ke Australia dan New Zealand, dan juga sesiapa sahaja yang akan ke sana.
Dengan paparan grafik yang baru dan segar, Muslim Guide kali ini bakal memberi info-info penting yang perlu anda ketahui sebagai persediaan awal sebelum ke luar negara. Antaranya, senarai kod makanan halal, fiqh bermusafir dan senarai nama, nombor dan emel wakil-wakil kami di setiap bandar sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan atau pertanyaan.
Berikut merupakan sedikit prebiu untuk Muslim Guide to Australia & New Zealand (edisi kedua).
Dapatkan ia di Program Semai Mesra ke-12!
Harga di Semai Mesra: RM 5 sahaja.
Harga biasa: RM 10 sahaja
Harga kiriman pos: RM 15 sahaja
Cara pembayaran:
Description/Reference: MG12
Ireena Ismail, CIMB bank
* Sila SMS nama anda dan jumlah bayaran ke 0193474237 (Ireena)
“Rentak dalam percakapan seumpama melagukan suara, maksud daripadanya ialah untuk mewujudkan kegembiraan hati dan jiwa yang menyebabkan kegembiraan fikiran.” (Wahyul qalam – ar Raafi’i: 3/285)
Alhamdulillah, tahun ini menyaksikan satu lagi penambahbaikan dalam usaha kami untuk memberikan yang terbaik kepada ANDA yang bakal fly ke luar negara.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada saudara Munir Muji dan rakan-rakan yang telah bertungkus-lumus melahirkan sebuah lagu khas untuk Semai Mesra!
Semoga bait irama ini memberi seribu satu inspirasi kepada anda untuk memulakan langkah ke alam baru yang lebih mencabar; alam universiti.
Ayuh mulakan langkah anda di Program Semai Mesra ke-12! Jumpa di sana!
(gambar-gambar di dalam video klip ini memaparkan aktiviti-aktiviti tahunan kami di Australia & New Zealand. Antaranya Winter Gathering, Winter Trip, Snow Trip, Roadshow Palestin, BBQ, majlis graduasi, dan lain-lain)
“Semai Mesra”
Langkah bermula Kita meneroka bersama Destinasi baru dituju Menjulang cita-cita Ikatan hati Ukhuwwah kita semai mesra Teman seperjuangan sejati Penjelajahan yang dinanti Bicara pertama Mengukir senyuman mesra Tangan berjabat erat Mengukuhkan persaudaraan kita Kasih sayang dipupuk Di sini menjadi bukti Selamanya di Semai Mesra Nostalgia berputik segalanya Lagu: Munir Muji Band: Park, Bad, Pishang, Akip, JoeDengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Pengasih.
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya Program Semai Mesra (PSM) Kali Ke-12 anjuran Sekretariat Antarabangsa (SEKTAR) ISMA sekali lagi akan berlangsung di Kampung Idaman, Taman Botani Negara, Shah Alam pada 27 sehingga 29 Disember 2011.
Terlebih dahulu, saya yang telah diberikan mandat sebagai Pengarah program, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak pelajar-pelajar yang akan ke Australia dan New Zealand pada tahun hadapan, di kolej-kolej persediaan seluruh negara untuk turut sama menyertai program anjuran kami ini.
Memori pertama kali menyertai program ini sebagai peserta pada tahun 2007 masih segar dalam ingatan. Mengenal rakan-rakan dari kolej persediaan lain yang akan turut sama fly ke New Zealand dan Australia, mengenal seniors yang sehingga kini masih lagi berkawan rapat walaupun di alam pekerjaan, berkongsi pengalaman dengan seniors dalam bidang engineering, bagaimana melaksanakan ibadah sebagai seorang musafir, perkongsian gambar dan video menarik suasana di New Zealand dan Australia, dan banyak lagi memori suka duka PSM 2007 yang mahu saja saya ceritakan di sini.
Pendek kata, kalau tak turut serta, anda akan terlepas banyak pengalaman yg menarik di Semai Mesra, kerana bagi kami, di sini lah segalanya bermula.
Program yang turut dianjurkan dengan kerjasama ISMA Australia dan ISMA New Zealand ini dijanjikan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik hasil idea dan usaha para seniors yang kreatif dan berkualiti seperti juga anda, bakal peserta Program Semai Mesra kali ini.
Akhir kata, saya yakin inisiatif SEKTAR, ISMA Australia dan ISMA New Zealand dalam perlaksanaan program pre departure ini mampu membantu dan mempersiapkan diri pesertanya yang juga pelajar yang akan ke Australia dan New Zealand tahun hadapan.
Hei konei ra (jumpa anda) di Semai Mesra!
Ahmad Zikri Bin Zainudin
Pengarah Program Semai Mesra Kali ke-12 Peserta Program Semai Mesra, 2007 Auckland University of Technology (AUT), New Zealand. Bachelor of Engineering (Mechanical and Production), 2007-2010 Reliability Engineer ReliaCraft Engineering, Kuala LumpurAssalamualaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh,
Bismillahirrahmanirrahim…
It is time for our most awaited event this year, for both juniors and seniors, Program Semai Mesra Ke-12(PSM12)!
All praises and thanks to Allah who have made it possible for us to have 11 years of experience in conducting this event. We hope this year Allah will guide us again and make PSM12 an even bigger success than the previous ones.
Those of you who have completed their foundation studies (A-level, IB), congratulations, you are one step closer to the departure gate at KLIA. Those of you who are yet to take your exams (SACE, SAM), I know, you can’t think of anything else now, right?
Hear me this, the words “what” and “if” may seem harmless by themselves but if you put them next to each other, it will drive you crazy.
“What if I don’t get the required ATAR to fly?” “What if I don’t get to fly at all?” “What if I fail my first year there?” “What if I starve myself to death because I can’t find Halal food?” “What if I run out of money and I have to live on the streets?”
No, please don’t add unnecessary stress to your already exam-induced stress-filled lives. Take a chill pill and join us at PSM12. We can’t promise you the required ATAR or a ticket to Australia or New Zealand but we will do our very best to alleviate your pre-“flying” jitters.
In PSM12 this year, you will be bombarded with information to fully equip yourselves in the land Downunder and the land of Kiwis (the people, not the fruit). There will also be ridiculously friendly, bubbly seniors that will share their experience and promise to be there for you when all the “what if”s suddenly pop up, uninvited. At the end of this programme, you will not only get more info than you can handle, but you will also make new friends among your peers and seniors who will be your life-support in OZ or NZ.
That is why our tagline is “READY, GET SET, FLY!!”. We will get you READY, fully prepared, all SET to just take off and FLY!!
Hope to see your smilling faces at PSM12 this December! Can’t wait!
May Allah bless us all…amin..
I wish you all the best!
Sincerely,
Nur Sufia Md Sani
Assistant Director Program Semai Mesra ke-12 Bachelor of Science (Hons) majoring in Biotechnology and Microbiology The University of Melbourne 2005-2008 Biology Lecturer (AUSMAT, MEP) International Education College, UiTM Sec 17 Shah Alam